Oleh: Eliza Aida Suhairi



Persatuan Penduduk Pangsamurni Keramat Jaya 2 dengan kerjasama KRT PTKJ 2, Komuniti Polis PTKJ 2 dan Badan Pengurusan Bersama PTKJ 2, telah mengadakan Majlis Jamuan Aidil Fitri 2011 pada 24 September 2011 lalu. Majlis perasmian disempurnakan oleh Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani. Beliau turut meluangkan masa melawat serta menyerahkan sumbangan kepada keluarga yang kurang bernasib baik di Pangsamurni Keramat Jaya 2.




Oleh: Eliza Aida Suhairi



Bertempat di Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan, 24 September 2011 (Sabtu) lalu telah berlangsung Majlis Tautan Silaturrahim Idulfitri 1432H Peringkat Zon 3 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Majlis telah dihadiri oleh ahli-ahli kariah masjid-masjid dan surau-surau Zon 3. Majlis dirasmikan oleh Ustaz Haji Hashim bin Haji Salleh, KPPK Bahagian Pengurusan Kariah JAWI. Hadir sama, Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat Titiwangsa, YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani; Pengerusi Masjid Ar-Rahimah, Tan Sri Abu Talib bin Othman serta pegawai-pegawai dari JAWI dan ahli-ahli jawatankuasa Masjid Ar-Rahimah.


Majlis Sambutan Hari Raya SMK Aminuddin Baki

Wednesday, September 28, 2011 | |



Oleh: Eliza Aida Suhairi


Alumni SMK Aminuddin Baki dengan kerjasama PIBG dan guru-guru SMK Aminuddin Baki telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya pada 24 September 2011. YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa yang juga Alumni SMK Aminuddin Baki turut hadir untuk memeriahkan sambutan yang diadakan. Hadir sama, Yang Dipertua PIBG SMK Aminuddin Baki, Encik Rosley Othman.





Oleh: Eliza Aida Suhairi


Pada 23 September 2011 (Jumaat) lalu, KRT Kawasan Hujung Pasir, Kampong Bharu telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 bertempat di Dataran KRT Kg. Hujung Pasir, Jalan Raja Mahadi, Kampong Bharu. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani. Hadir sama, Pengerusi KRT Kg. Hujung Pasir, Haji Md. Ideris bin Ahmad Buang.








Program Kempen 'Memerangi Tikus' di Kampong Bharu

Wednesday, September 28, 2011 | |



Oleh: Eliza Aida Suhairi


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama persatuan-persatuan penduduk di Kampong Bharu telah menjalankan kempen "Memerangi Tikus" sebagai usaha untuk membasmi masalah tikus yang selama ini membelenggu penduduk-penduduk di Kampong Bharu. DBKL memberi insentif sebanyk RM2 untuk seekor tikus yang berjaya ditangkap dan diserahkan kepada petugas DBKL. Majlis diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Paya, dan perasmian program telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani.








Majlis Rumah Terbuka Blok C PPR Hiliran Ampang

Wednesday, September 28, 2011 | |




Oleh: Eliza Aida Suhairi


Pada 24 September 2011 lalu, Persatuan Penduduk PPR Hiliran Ampang Blok C dengan kerjasama Kelab Veteran Blok C telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2011. Majlis diadakan di Dataran Blok C, PPR Hiliran Ampang dan telah dihadiri oleh lebih 300 orang penduduk sekitar. Hadir sama, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani.












Oleh: Eliza Aida Suhairi

Persatuan Penduduk Perumahan Awam Sri Perlis 2, Datok Keramat telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya dan Bacaan Doa untuk Bakal Haji pada 24 September 2011 lalu. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani, yang turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada bakal-bakal haji.




Oleh: Eliza Aida Suhairi


Malam Pesta Tanglung Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-54 telah diadakan padan 13 September 2011 (Selasa) yang lalu. Majlis anjuran MCA Bahagian Titiwangsa ini diadakan di Dewan MCA Titiwangsa, Jalan Wira 1, Taman Maluri. Majlis dirasmikan oleh YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani selaku Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Titiwangsa. Turut hadir, Pengerusi MCA Titiwangsa, Datuk Alex Chuah; Charlie Looi, Setiausaha MCA Titiwangsa serta ahli-ahli jawatankuasa MCA Titiwangsa yang lain.






Oleh: Eliza Aida Suhairi


Persatuan Penduduk PPR Cochrane Perkasa dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL dan MCA Titiwangsa telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya & Pesta Tanglung 2011 pada 17 September 2011 lalu. Hadir sama, Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Titiwangsa, YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani; Setiausaha MCA Titiwangsa, Charlie Looi; Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Cochrane Perkasa, Encik Mohd Murad Hj. Mat Noor serta ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk PPR Cochrane Perkasa dan MCA Titiwangsa yang lain.



Majlis Sambutan Aidilfitri Keluarga 15T Bersekutu

Wednesday, September 28, 2011 | |


Oleh: Eliza Aida Suhairi


Keluarga 15T Bersekutu telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri pada 17 September 2011. Acara tahunan keluarga ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan yang telah dibina selama 5 generasi. Hadir sama, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani.




Oleh: Eliza Aida Suhairi


Madrasah Kampung Pandan, Kampung Pandan telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri pada 17 September 2011 (Sabtu) lalu. Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani turut hadir memeriahkan majlis.










Oleh: Eliza Aida Suhairi

Bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Paya, Jalan Raja Muda Musa Kampung Bharu, 17hb September 2011 (Sabtu) lalu, telah berlangsung Majlis Rumah Terbuka Merdeka Raya 2011. Majlis anjuran UMNO & Barisan Nasional Bahagian Titiwangsa dengan kerjasama M.A.S. Kampung Bharu, Kampung-kampung didalam Kampung Bharu, Masjid Jamek Kg. Bharu, Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Kg. Bharu (PAKAR), Persatuan penduduk Kg. Sg. Bharu, Pangsapuri Pasar Minggu dan Flat Kg. Padang.




Majlis bermula pada jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang ini telah dihadiri oleh seramai 13,000 orang yang datang dari sekitar kawasan Titiwangsa. Pengunjung disajikan dengan pelbagai jenis juadah makanan dan minuman seperti Ikan Bakar, Lemang, Satay, Ayam Golek, Kambing Panggang, Char Kuetiau dan banyak lagi. Selain daripada itu, pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan dari artis Akademi Fantasia; Haziq dan Daus.



Majlis bertambah seri apabila turut menerima kunjungan dari Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Y.B. Senator Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta Ketua Menteri Melaka, Y.A.B. Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam dan pemimpin-pemimpin UMNO antaranya ialah, Setiausaha Agung UMNO, YBM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; YBhg. Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Y.B. Dato Sri' Zulhasnan Rafique.


Pada majlis yang sama juga diadakan sesi penyerahan cek sumbangan dari Syarikat Naza TTDI Sdn. Bhd. dan Zikay Group bagi kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air Flat Kampung Sungai Baru, Kampung Bharu. Cek disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Zikay, Datuk Mohd Khay Ibrahim dan Pengarah Hal Ehwal Korporat Kumpulan Naza TTDI, Mohamed Zahari Harun.












Oleh: Eliza Aida Suhairi


Ahli Jawatankuasa Surau Abbas Al-Habshee telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 12hb September 2o11 (Isnin) lalu. Majlis dihadiri oleh Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani dan Ketua UMNO Bahagian Cheras, YBhg. Datuk Wira Syed Ali AlHabshee.