Oleh: Eliza Aida Suhairi


YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin telah mengadakan lawatan kerja ke Pasar Raja Bot, Chow Kit pada 17hb Julai 2011 (Ahad) lalu. Beliau diiringi Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Titiwangsa, YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani; Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), YBhg. Datuk Haji Salleh bin Yusup; Pengerusi PPPKM Wilayah Persekutuan, Ahli-ahli jawatankuasa PPPKM Cawangan Raja Bot, wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan serta wakil -wakil dari Parti Komponen Barisan Nasional Titiwangsa.


YAB Tan Sri Muhyiddin meluangkan masa selama kira-kira sejam melawat gerai-gerai serta beramah mesra bersama peniaga-peniaga pasar. Pasar yang telah beroperasi lebih 25 tahun ini juga akan berubah wajah apabila ianya akan melalui proses menaiktaraf dengan rekabentuk yang lebih menarik serta selesa untuk dikunjungi.