Oleh: Eliza Aida Suhairi

Persatuan Permuafakatan Penduduk Pangsapuri Anggerik (P4A) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya pada 26 September 2010 (Ahad) yang lalu. YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa telah dijemput untuk menyempurnakan acara perasmian. Hadir sama, Pengerusi (P4A), Encik Mad Yusof Ismail beserta Timbalannya Encik Abu Bakar Abu Manas, ahli-ahli jawatankuasa P4A dan penduduk setempat.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Keluarga 15T

Wednesday, September 29, 2010 | |

Oleh: Eliza Aida Suhairi


Keluarga 15T Bersekutu sekali lagi mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 25 September 2010 (Sabtu) yang lalu. Acara tahunan yang diadakan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan yang telah dibina selama 5 generasi ini, dihadiri oleh seramai 200 orang ahli keluarga. YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa juga dijemput untuk memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama ahli keluarga 15T. Turut hadir ialah, Timbalan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Saudara Affendi Zahari.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kg. Desa Pahlawan

Wednesday, September 29, 2010 | |

Oleh: Eliza Aida Suhairi

Pada 25 September 2010 (Sabtu) yang lalu, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani dan Pemangku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Saudara Affendi Zahari telah meluangkan masa memenuhi jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Persatuan Penduduk Kampung Desa Pahlawan, Kampung Pandan.

Oleh: Eliza Aida Suhairi

Bertempat di Surau Al-Firdaus Blok A, PPR Hiliran Ampang pada 25 September 2010 (Sabtu) yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Ahli-ahli Jawatankuasa Surau Al-Firdaus. Majlis telah menjemput YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa untuk bersama-sama memeriahkan majlis. Hadir sama ialah Pengerusi Surau Al-Firdaus, Haji Hussin Haji Mohammad serta anak-anak kariah serta penduduk setempat.

Majlis Perjumpaan Hari Raya SMARTOSA

Wednesday, September 29, 2010 | |


Oleh: Eliza Aida Suhairi

Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Taman Keramat (SMARTOSA) telah menganjurkan Majlis Perjumpaan Hari Raya pada 25 September 2010 (Sabtu) yang lalu bertempat di SMK Taman Keramat. Majlis turut mengundang penaung SMARTOSA yang juga merupakan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani untuk sama-sama memeriahkan majlis. Seramai lebih 70 ahli-ahli SMARTOSA telah hadir ke majlis tersebut.

Oleh: Eliza Aida Suhairi

Unit Bimbingan & Kaunseling SK Tun Hussein Onn, SK Desa Pandan dan SJK (T) Kg. Pandan buat julung-julung kalinya telah berkolaborasi mengadakan Seminar Keibubapaan pada 25 September 2010 (Sabtu) yang lalu, bertempat di Dewan SK Tun Hussein Onn. Seminar telah berjaya menarik penyertaan lebih 100 peserta yang terdiri daripada ibu bapa dari ketiga-tiga buah sekolah berkenaan.

Majlis pembukaan perasmian seminar berkenaan telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pendidikan Titiwangsa (YPT) yang juga merupakan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, YBhg. Datuk Johari Abdu Ghani. Turut hadir, Puan Rokiah Ahmad, Guru Besar SK Tun Hussein Onn bersama YDP PIBG SK Tun Hussein Onn, Encik Daud; Puan Khalilah Yahaya, Guru Besar SK Desa Pandan dan diiringi oleh YDP PIBG SK Desa Pandan, Encik Rosli bin Said; Guru Besar SJKT Kg. Pandan, Puan Rathinammal A/P Rajaia bersama YDP PIBG SJKT Kg. Pandan, Encik Hari Krushnan A/L Vedachalam dan juga Pegawai-pegawai dari Yayasan Pendidikan Titiwangsa (YPT).

Datuk Johari dalam ucapan perasmiannya berkata, usaha untuk melahirkan pelapis negara bukan hanya perlu dipikul oleh institusi pendidikan. Ibu bapa serta guru mempunyai tanggungjawab bersama yang besar dalam usaha membentuk peribadi pelajar ke arah melahirkan modal insan cemerlang dan usahasama ini perlu dilakukan secara berterusan. Ibu bapa perlu menyediakan asas peribadi yang kukuh dalam diri anak-anak supaya tugasan guru mendidik dan mencurahkan ilmu pengetahuan kepada pelajar dapat dilaksanakan sebaiknya.

Diakhir ucapan beliau mengharapkan agar para ibu bapa yang hadir mendapat informasi bermanfaat yang boleh diguna-pakai dalam kehidupan seharian mendidik anak-anak.

Oleh: Eliza Aida Suhairi

Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Titiwangsa dengan kerjasama Kor Wanita Kota (KWK) telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri & Pesta Tanglung bertempat di Dewan UMNO Taman Maluri pada 19 September 2010 (Ahad) yang lalu.

Majlis telah dirasmikan oleh Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani. Hadir sama, Pemangku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Saudara Affendi Zahari; Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Titiwangsa, Puan Khadijah Alang, pemimpin-pemimpin masyarakat serta ahli-ahli jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Titiwangsa dan KWK yang lain.

Majlis juga turut dimeriahkan dengan beberapa acara seperti tarian naga, menyalakan tanglung dan membuat kuih bulan.

Oleh: Eliza Aida Suhairi

Persatuan Penduduk Taman Maluri dengan kerjasama Rakan Anti-Dadah Daerah Cheras telah mengadakan Majlis Malam Amal Pesta Tanglung 1Malaysia pada 17 Oktober 2010 (Jumaat) lalu bertempat di Jalan Jejaka 7, Taman Maluri Cheras.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.B. Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani; Encik Suffian, Wakil dari Agensi Dadah Kebangsaan; Encik Walter Liu, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Maluri; Pemangku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Saudara Affendi Zahari serta pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Titiwangsa dan ahli-ahli parti komponen; MIC, PPP dan Gerakan yang turut sama turun padang memberikan sokongan kepada penganjuran program.

Penganjuran majlis seumpama ini merupakan platform terbaik untuk merealisasikan semangat 1Malaysia seperti yang disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri selain membantu memupuk persefahaman antara kaum di Malaysia.

Oleh: Eliza Aida Suhairi

Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan menganjurkan Program Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan 1431H yang lalu. Satu majlis penyampaian sumbangan kepada 70 peserta Program Tadarus Al-Quran telah diadakan bertempat di Masjid Ar-Rahimah. Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, telah dijemput untuk menyampaikan sumbangan kepada peserta. Hadir sama pada majlis tersebut ialah, Pemangku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Saudara Affendi Zahari serta pemimpin masyarakat dibawah kariah Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan dan anak-anak kariah.

Program Ziarah Ramadhan PPR Cochrane Perkasa

Wednesday, September 29, 2010 | |

Oleh: Eliza Aida Suhairi

Persatuan Penduduk PPR Cochrane Perkasa telah mengadakan Program Ziarah Ramadhan - Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada golongan warga emas, ibu tunggal dan anak-anak yatim pada 6 September 2010 yang lalu. Seramai 70 penerima telah menerima sumbangan hamper dan duit raya yang telah disampaikan oleh Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani.

Oleh: Eliza Aida Suhairi

UMNO Bahagian Titiwangsa dengan kerjasama Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan telah mengadakan Program Nur Ramadhan & Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada golongan miskin dan anak-anak yatim terpilih sekitar Parlimen Titiwangsa. Seramai 350 penerima telah hadir untuk menerima sumbangan berupa hamper dan duit raya.

Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa dan Pemangku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Saudara Affendi Zahari. Pemimpin-pemimpin masyarakat dan ahli-ahli jawatankuasa Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan turut hadir memberikan sokongan kepada penganjuran majlis seumpama ini.

Oleh: Eliza Aida Suhairi

Persatuan Penduduk & Rukun Tetangga Perumahan Awam Sri Perlis 2 dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Cawangan Keramat Jaya, Majlis Belia Kawasan Titiwangsa, UMNO Cawangan Keramat Jaya dan DBKL telah menganjurkan Program Gotong-royong Kacau Dodol & Sumbangan Nur Ramadhan pada 4 September 2010 yang lalu.

Program telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa; dan diiringi oleh Pemangku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Saudara Affendi Zahari yang sama-sama turut merasai pengalaman mengacau dodol bersama penduduk Perumahan Awam Sri Perlis 2, Keramat Jaya.

Acara diteruskan sejurus selepas Solat Isya' yang menyaksikan penyampaian sumbangan berupa hamper dan duit raya kepada golongan kurang berkemampuan, warga emas, ibu tunggal, dan juga anak yatim.


Oleh: Eliza Aida Suhairi
Pada 31 Ogos 2010 (Selasa) yang lalu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail telah meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadhan Pasar Datuk Keramat. Program lawatan yabg diadakan secara santai ini adalah anjuran Persatuan Penjaja-penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil Melayu (PPPKM) Cawangan Datuk Keramat.

Beliau diiringi Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa yang juga merupakan Penasihat PPPKM Datuk Keramat, YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani; Pemangku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Saudara Affendi Zahari; Pengerusi PPPKM Cawangan Datuk Keramat, Saudara Shoid Chee dan Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Datuk Seri telah meluangkan masa untuk bertemu dan beramah-mesra dengan para peniaga serta pengunjung bazar berkenaan. Para Peniaga turut mengambil kesempatan untuk mengutarakan permasalahan mereka mereka kepada Datuk Bandar secara langsung.
Oleh: Eliza Aida Suhairi

Pergerakan Pemuda MIC Kampung Pandan dan Komuniti Bestari Kampung Pandan telah menganjurkan "Merdeka Colouring Contest" pada 31 Ogos 2010 (Selasa) yang lalu bertempat di Dewan Orang Ramai Lorong 5, Kampung Pandan.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani telah dijemput untuk merasmikan majlis serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan mewarna. Turut hadir, Encik Sritharan; Pengerusi MIC dan Komuniti Bestari Kg. Pandan, Naib Pengerusi MIC Bahagian Titiwangsa; Encik M Manoharan, Encik Balakrishnan; Naib Pengerusi MIC dan Komuniti Bestari Kg. Pandan merangkap Pengerusi Malaysia Hindu Sangam Kuala Lumpur serta pemimpin masyarakat dan guru-guru tadika dan sekolah yang mengambil bahagian.

Program Sahur Merdeka 2010

Tuesday, September 28, 2010 | |


Oleh: Eliza Aida Suhairi

Bertempat di Perkarangan Perumahan Awam Sri Perlis 2, Keramat Jaya pada 30 Ogos 200 (Isnin) yang lalu, telah berlangsungnya Program Sahur Merdeka 2010. Program anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang ini turut mendapat sokongan dan kerjasama dari Persatuan Penduduk & Rukun Tetangga Perumahan Awam Sri Perlis 2.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani telah dijemput untuk memeriahkan sambutan ambang merdeka yang julung-julung kali diadakan. Turut sama hadir ialah, YBhg. Dato' Seri Abdul Azim Mohd Zabidi; Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Y.M. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin; Pengerusi Program Sahur Merdeka 2010 merangkap Ketua Pergerakan Pemuda Bukit Bintang dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Pemangku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa; Saudara Affendi Zahari, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa; Saudara Idham Yasser, pemimpin-pemimpin masyarakat setempat serta ahli-ahli UMNO Bahagian Titiwangsa & Bukit Bintang yang lain.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan deklamasi sajak dan marhaban serta tidak ketinggalan forum khas kemerdekaan. Majlis diakhiri dengan jamuan sahur.