Oleh:  Eliza Aida Suhairi



Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Bandar telah melancarkan Gotong-Royong Perdana dan Kempen Kawalan Tikus pada 24 Ogos 2013 lalu.  Di Kampung Baru, program  ini telah diadakan dengan kerjasama M.A.S Kg. Baru dengan NGO-NGO tempatan.  Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Titiwangsa.  Hadir sama, Setiausaha Kehormat M.A.S Kg. Baru, Saudara Samsuri Suradi serta pemimpin masyarakat setempat dan penduduk sekitar Kg. Baru yang turun padang memberi sokongan kepada penganjuran program seumpama ini.  



Oleh:  Eliza Aida Suhairi



Pada 22 Ogos 2013, Ahli Jawatankuasa Madrasah Rajaiyah Kg. Baru telah mengadakan Majlis Tahlil dan Bacaan Yassin.  Majlis turut dihadiri Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Datuk Johari Abdul Ghani.  


Sambutan Perayaan Yu Lan PPR Desa Rejang

Tuesday, August 20, 2013 | |

Oleh: Eliza Aida Suhairi 




Perayaan Yu Lan atau lebih dikenali dengan Perayaan Hantu Lapar (Hungry Ghost Festival) disambut pada hari ke-14 bulan ketujuh mengikut kalendar lunar.  Satu majlis sambutan telah diadakan pada 16 Ogos 2013 yang lalu, bertempat di PPR Desa Rejang.   Majlis anjuran MCA dan penduduk setempat ini, turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Datuk Johari Abdul Ghani.